Monday, November 9, 2009

Mahalnya bil api?

Bil api bagi bulan Oktober baru sampai kat rumah aku beberapa hari lepas. Tinggi melambung dari biasa..

Seingat aku, bulan sebelum ni, cuma lebih kurang RM20. Ini sekali naik, sampai RM66 (RM65.20). Semua terkejut, terkesima tapi x teruja=(..

Pakat termangu sendiri, bertongkat dagu berfikir; kenapa mahal sangat? Rumah ni xda televisyen, xda peti sejuk. Xkan cuma guna W1Max, laptop, lampu dan kipas, boleh melambung 3x ganda dari jumlah bil bulanan.

Pelik..

Sampaikan banyak la cadangan untuk mengurangkan dan menurunkan semula bil api yang terlambung tu. Kena jimat api la pasni..

Kadang-kadang, lampu di semua bilik, lampu ruang tamu lagi, on. Tak kira ngan kipas yang mungkin dipasang setiap masa. Tu kira bernasib baik sebab xda tv dan peti sejuk.

Hai, kena berjimat gak walaupun masih bergelar pelajar..

Friday, October 30, 2009

Dare to fail; bukan sekadar berani gagal..

Dare to fail, bermaksud berani gagal. Ia adalah tajuk bagi sebuah buku motivasi dari Singapura, karangan Billi Lim.

Berani gagal mengajar kita supaya tidak takut menempuh kegagalan dalam usaha kita. Ia bertitik tolak dari persepsi kebanyakan kita yang menganggap bahawa gagal itu adalah pembunuh bagi kejayaan.

Sebenarnya, konsep berani gagal perlu disertakan dengan rancangan alternatif dan usaha yang terbaik. Selepas segala-galanya telah dilakukan, barulah kita berserah kepada-Nya walau apapun hasilnya.

Bertindak sebaik mungkin, rancang tindakan alternatif dan bersedia untuk sebarang hasil, yang buruk mahupun yang baik.

Masalahnya, banyak orang yang tidak bertindak kerana mahu menghindari kegagalan yang mungkin akan diterima. Umpama orang yang takut melompat melepasi satu lubang yang jauh, dia akan hanya melihat. Yang paling teruk, terdapat juga sebilangan orang yang menghasut dan memperlekehkan orang yang mahu melompat.

Tanpa melalui kegagalan, hati kita takkan menjadi kuat, berani dan cekal. Dengan kegagalan, kita dapat mengetahui kelemahan dan kekurangan kita. Berani gagal bukan sekadar berani gagal tanpa sebarang usaha, tapi disertai dengan rancangan alternatif dan tawakal setelah sehabis usaha kita lakukan.

Berani gagal, berani mencuba, berani memulakan. Bukan hanya berani gagal, tapi berani dalam setiap tindakan positif.

p.s; Buat sehabis baik, bersedia dengan kegagalan. Itulah makna berani gagal.

Wednesday, October 21, 2009

Meraikan Perbezaan & Bakat - Menang lagi!

Festival Ko-Kurikulum UM baru selesai berlangsung pada 20 Oktober 2009 di Dewan Tunku Canselor. Syukur aku ucapkan.

Sem ni merupakan sem ke-3 aku join Ko-K walaupun aku bukan lagi pelajar Ko-K bagi sem ni dan sem lepas. Aku join untuk dapat/tambah pengalaman dalam demontrasi silat yang aku belajar.

Tema bagi Ko-K sem ni ialah Meraikan Perbezaan dan Bakat (Where the Talent dan Different are celebrate) tapi aku pun xtau tema Ko-K sem-sem lepas. Aku cuma datang buat demo, pastu pergi kelas.

Sem ni, berkebetulan hari Festival Ko-K ni pada hari Selasa, aku xda kelas petang. Free! So, aku habiskan masa selama 3 jam dalam DTC untuk melihat persembahan kebanyakan subjek Ko-K. Sampaikan aku terpaksa pergi ke tandas sebanyak 2 kali sebab terlalu sejuk=(..

Yang paling akan aku ingat, sem ni adalah sem ke-3 silat Cekak Hanafi menang tempat pertama bagi kategori demontrasi. Selain kategori demontrasi, ada 2 kategori lain, iaitu kategori pameran yang dimenangi oleh majalah dalam bahasa Inggeris dan kategori persembahan kebudayaan yang dimenangi oleh tarian klasik India (memang best!)

Sem ke-3 menang tempat pertama berturut-turut, bersamaan dengan sem ke-3 aku sertai Festival Ko-K..So, boleh gak aku claim yang silat Cekak Hanafi menang sebab aku join..huhu..

Tuesday, October 20, 2009

Blog dan Adsense..

Aku dalam perancangan untuk tambah blog baru. Blog untuk kongsi ilmu dan tips. Termasuk gak blog adsense. Tapi aku nak edit cara baru untuk tambah Adsense (sebab dah lama aku buat tapi x dapat2 lagi=(..)

Aku xkan putus asa sebab dah mula, aku akan teruskan walaupun perlahan-lahan. Walaupun lambat, ia lebih bagus berbanding tidak bergerak/berhenti.

Banyak niche untuk blog adsense aku. Gudluck 4 myself..huhu..

(Blur nak update 2 blog..Nanti aku nak asingkan niche bagi 2 blog ni. Baru memudahkan aku..)

Sunday, October 11, 2009

Pagi buta..(11 Oktober 2009)

Waktu aku menulis post ni, pukul 5.30 pagi..X tido semalaman sebab download Panduan Clickbank. So, sambil mendownload, aku pun layan bukak website banyak2..Banyak tab yang aku bukak.

Tetiba je mozilla hang. Semua windows yang aku bukak, terus off. Pastu kena restart semula mozilla. Terus aku angin. Mana taknye, fail yang aku dok download pun jadi masalah, broken. Kena download semula. Dah la amik masa..

Pukul 5 tadi, aku keluar ke 7 Eleven kejap. Nak beli makanan untuk sahur. Cadang nak esok. Sekarang sedang menjamu selera nagn roti Gardenia Choco Raisin yang berharga RM4 dan air tin Justea perisa Teh Hijau + Limau..Bagus juga ada kedai serbaneka 24 jam ni=)..

Aku perasan gak, mak cik yang niaga nasi lemak kawasan aku pun dah bangun. Tengah susun makanan kat gerai dia. Camni la orang yang berniaga. Baru mudah dapat pelanggan..

X habis2 lagi download aku ni. Aku kena cepat sebab guna laptop housemate aku. Nasib baik dia bermalam kat rumah abang dia semalam..

Friday, October 9, 2009

inthulcavero

inthulcavero adalah nama blog aku yang kedua; inthulcavero.

Secara jujur, aku pun xtau nape aku pilih nama ni sebagai nama blog aku. Padahal aku ada lebih 150 nama yang lagi pelik dari nama ni.

Seingat aku, aku dapat idea nama ni masa exam final semester II sesi 08/09. Memang aku sedang gila buat nama masa tu. Sampaikan pas jawab exam, aku menconteng kertas soalan dengan nama yang macam-macam.

Bulan lepas pulak, seorang adik angkat aku meminta nama yang klasik untuk profil di Friendster. Aku xtau nama aku dikategorikan klasik atau tak. Tapi aku bagi jugak, dengan syarat; jangan bagi kat sapa-sapa pun.

Aku memang sayang semua nama aku. Memang xda maksud dan mengarut. Tapi itulah identiti dan kegemaran aku.

p.s; teringat pulak kat seorang bekas adik angkat aku. Dia suka amik tau nama-nama aku.

Tuesday, September 15, 2009

Penjenamaan semula Inthulcavero & Sibungakecil

Proses penjenamaan semula blog ni dan blog kedua aku, inthulcavero sedang dijalankan..

Hingga masa yang ditetapkan, selepas itu blog ini akan berubah wajah dari aspek template blog ini dan post yang akan diisi..

Blog ni akan mengulas mengenai manga @ komik, nama-nama pelik penulis dan hiburan..

Thursday, August 13, 2009

My fifth name..

5. Zyrontyez
Nama ni antara nama kegemaran aku. Huruf 'y' dibunyikan 'ai' bukan 'i'..

Aku sebut nama ni 'Zairontiyez', so nama ni special sikit sebab banyak sebutan vokal..Cuma xda huruf 'u'..

Aku letak nama ni sebagai emel Google aku dengan tambahan '.07', dedikasi tahun 2007, tahun aku cipta nama ni..Google x bagi letak '_' so aku letak '.'..

Memang favorite aku buat Z sebagai huruf depan & belakang..

Tag: , ,

Adsense For Domain..

Membuat duit tanpa laman web atau affiliate marketing? Betul ke? Anda percaya?

Antara jenis Adsense ialah Adsense for Domain..Apa itu? Ok. Aku bagitau..

Adsense for Domains membenarkan mereka yang mempunyai domain yang tidak dimajukan untuk membantu pelawat mereka memberikan makluma tyang relevan termasuk iklan, link dan search results kepada pembaca domain tersebut.

Dengan Adsense for Domains, pelawat domain anda mendapat maklumat yang berkaitan daripada berjumpa laman web kosong atau error "page not found". Dengan kata lain: anda akan memberikan sesuatu yang berharga kepada pelawat.

Adsense for Domains memberikan pengiklan peluang lebih banyak untuk mencari pelanggan dan domain anda akan menjadi pangkalan mereka untuk mencari pelanggan. Win-win situation.

Jika anda mempunyai domain yang tidak dibangunkan, Adsense for domains akan membantu pelawat domain anda. Dengan ini, mereka akan mendapat pengalaman pelayaran internet yang lebih baik dan menyayangi anda kerananya!

Diambil dan diubahsuai daripada Google Adsense For Domains.

Berita baiknya, ada sebuah e-book terbaru keluaran internet marketer tempatan pasal Adsense ni. Maklumat yang sangat bernilai!

So, rebutlah peluang ni!..Jana wang lebih mudah, tanpa website..Secara pasif..



Tag: , , ,

Thursday, July 23, 2009

PPL bernilai RM1.20!

Aku buka emel Google aku tengah hari tadi. Antara emel yang aku terima mengenai program 'Pay Per Lead' yang terkini!

___________________________________________________

Kini ada seorang rakyat Malaysia yang menjalankan program Pay Per Lead, iaitu program dengan bayaran bagi setiap download dari rakan yang anda rujuk.

Apa yang menariknya, bayaran tersebut sebanyak RM1.20 bagi setiap rakan yang anda rujuk untuk mendownload ebook percuma beliau yang berjudul "Amalan Jutawan".

Jika anda berminat untuk menyertai program "Pay Per Lead" ini, anda boleh klik link di sini untuk mendownload ebook percuma yang ditawarkan dan seterusnya menyertai program "Pay Per Lead" anjuran beliau.

Anda perlu cepat, program pay per lead ini hanya dijalankan sehingga 29 Julai 2009 sahaja, ataupun sehingga kuota orang yang mendownload ebook percuma tersebut penuh, iaitu 2000 orang sahaja.

Bayaran komisyen pula, akan dilakukan pada 15 Ogos 2009. Jadi, jangan terlepas.

amalanjutawan.com

Sekian untuk makluman, terima kasih.

Anda hanya perlu mendownload e-book ini secara percuma, mendaftar dan memberitahu rakan anda agar turut mendownload e-book ini. Ia percuma dan menyebabkan duit datang!
___________________________________________________

E-book ini akan dedahkan kepada anda mengenai amalan-amalan kebiasaan jutawan senyap yang kadang-kadang kita terlepas pandang dan sebenarnya masih relevan di amalkan walau anda tidak berniat pun untuk menjadi jutawan.

Kenapa anda wajib miliki ebook ini?

1) Kandungannya ringkas
2) Mudah difahami dan di praktikkan
3) Motivasi untuk anda berjaya

Selain itu apa yang penting ebook ini akan diberikan PERCUMA dan setiap lead yang anda bawa untuk download ebook ini akan memberikan anda RM1.20.....

Ini adalah rekod pay per lead tetinggi di Malaysia setakat ini! Ia hanya ditawarkan sehingga 29 JULAI 2009 atau list target penulis sebanyak 2000 list tercapai..selepas itu ianya akan ditutup dan komisen akan dibayar pada 15 OGOS 2009...

Jadi apa tunggu lagi daftar sekarang untuk mula mengumpul duit raya yang akan datang tak lama lagi.......Daftar Sekarang untuk download percuma dan seterusnya menyertai program affiliates ini!

amalanjutawan.com
______________________________________________________________________________

Aku dah join. Sekarang tengah promote. Ye la, e-book free, pastu bagitau orang len untuk download & daftar, dapat duit!

Memang sekali tengok cuma RM1.20 Tapi bagi aku, nak cari pengalaman dalam internet ni. Nak cari pelanggan dan rakan untuk sama2 berjaya.

Saturday, July 18, 2009

Sesi 2009/2010

Bermulanya semester 1 sesi 2009/2010. Semester ni aku xtend dan menjadi penghuni rumah sewa setelah sekian lama setia kepada kolej 10..

Kolej 10 bagi sesi ni dah x terima pelajar API tahun pertama. Pihak pentadbiran sengaja mengurangkan bilangan pelajar dari fakulti aku ni untuk menjaga status pengetua sendiri.

Aku x heran pun. Memang pengetua kolej sekarang suka buat keputusan untuk menjaga kepentingan sendiri.

Kolej lebih memperbanyakkan bilangan pelajar dari fac lain..

Saturday, May 9, 2009

Friendster

Laman web sosial networking yang pertama aku join ialah Friendster.

Masa tu, aku dalam kem PLKN. Aku di UUM, mengikuti PLKN pengambilan pertama siri 1 bagi tahun 2004 selepas mengikuti modul fizikal selama 5 minggu di Kem Rekreasi Belia Baling, Kedah.

Cuti hari Ahad dan separuh hari pada hari Sabtu setiap minggu digunakan untuk berjalan-jalan sebelum aku terjumpa sesuatu yang menarik. Dalam masjid UUM, ada bilik komputer yang dilengkapi capaian internet. Terdapat lebih kurang 20 buah komputer di dalam bilik tersebut. Yang paling best, ia free!

Lucu benar diingatkan kembali bila aku mengenali seorang kawan baru kerana menghadap komputer. Aku dijemput menyertai Friendster oleh kawan PLKN aku sendiri dan berbalas mesej serta komen dengan kawan PLKN aku sedangkan kami dalam kem yang sama!

Memang kenangan yang indah kerana aku rapat dengan kawan aku dalam PLKN kerana Friendster.

Bagi yang ingin melihat atau menjadikan aku sebagai kawan dalam Friendster, ini URL bagi profil aku; ZuaLLiz_86 ZyRonTYez

My fourth name..

4. Zyulz

Nama ni diubahsuai dari nama yang adik aku guna. Dia guna 'Zulz' sebab kawan-kawan dia panggil Zul, dari Zulhazmi.

Bila aku tengok nama 'Zulz', aku teringat nama lama aku, 'Zualz' sebab huruf yang hampir sama. Tapi aku xnak bagi sama. So, aku tambah 'y' antara 'Z' dengan 'L', menjadikan 'Zyulz'.

Senang kata, 'Zyulz' macam adik kepada 'Zualliz' sebab dari asalan huruf dan idea yang sama. Bezanya, 'Zyulz' cuma 5 huruf sedangkan 'Zualliz' ada 7 huruf.

Nama ni merupakan nama paling pendek antara semua senarai nama aku yang kini berjumlah 140 nama. Aku x dapat buat nama yang pendek tapi berlainan. Dah kehabisan idea buat masa sekarang..

My new blog..

Aku dah lama buat blog ni; inthulcavero. Sejak Ogos 2008 lagi. Tapi banyak kawan-kawan aku letak link ke blog ni.

Memang pening bila buat 2 blog peribadi. Saje nak banyakkan kerja. Blog ni untuk post mengenai kolej, name dan kehidupan aku secara umum.

Blog inthulcavero pulak untuk post mengenai motivasi, bisnes, tazkirah, falak dan kehidupan aku dengan lebih khusus.

So, jom lawat inthulcavero!

TAZ..

TAZ merupakan singkatan bagi Tun Ahmad Zaidi, kolej kediaman yang aku menginap sejak tahun pertama sehingga sekarang. 3 tahun menghuni kolej, banyak pengalaman yang aku dapat.

Kerenah pengetua, pelbagai ragam senior & junior dan arahan pihak pentadbiran kolej yang tak masuk akal dan menyusahkan pelajar..

Bila pengetua baru dilantik, kami sangka kolej akan menjadi lebih baik. Tapi lagi teruk.

Semua kelab dibubarkan, sekaligus senior junior kurang mesra kerana kurang mengenali dan tidak rapat. Hubungan yang dibina dengan berpersatuan tiada. Hanya sekadar senyuman dan bertegur sapa andai mahu mengenali. Suasana kolej umpama penjara. Sepi. Kolej hanya untuk tidur, melayari internet dan tempat simpan barang.

Awal Februari 2009, arahan dari pihak pentadbiran kolej; diharamkan penggunaan polisterin. Setiap pelajar akan dibekalkan dengan bekal @ tupperware yang akan digunakan untuk mengisi makanan yang dibeli dari cafeteria kolej.

Alasannya? Untuk menjaga alam sekitar.Tetapi pihak kolej tidak tahu bahawa cafeteria kolej pun tidak menyeronokkan. Tiada kepelbagaian makanan, harga yang mahal, servis yang lambat dan kedai yang masih ditutup. Jadi, arahan tersebut diabaikan kerana pelajar sendiri membeli makanan dari luar kolej.

Andai didapati ada polisterin di mana-mana aras, setiap pelajar di aras tersebut akan dikenakan denda sebanyak RM1 ke dalam akaun mereka. Denda yang menyusahkan, hanya untuk mengutip duit secara haram dari pelajar kerana arahan yang bodoh! Bayangkan satu aras mempunyai 20 orang pelajar dan dijumpai 3 polisterin di aras tersebut, maka kolej akan untung sebanyak RM60 (RM1 x 3 x 20)..

Hujung bulan Februari 2009, desas-desus mengatakan perkhidmatan internet akan ditamatkan buat selama-lamanya. Duit pelajar akan dikembalikan. Andai perkara ini benar-benar dilakukan, hilanglah satu-satunya keistimewaan TAZ UM. Para pelajar tidak akan memilih untuk menginap di kolej ini lagi. Kolej TAZ yang tidak pernah memenangi FESENI, SUKMUM dan apa jua pertandingan antara kolej UM, akan menjadi tempat pilihan terakhir pelajar.

Mei 2009, arahan baru dikeluarkan lagi; tiada tempat simpan barang untuk pelajar kolej sepanjang cuti. Sebab? Untuk pembaikan bilik.

Memang omong kosong. Stor di blok S2 hanya ada dua dan tidak digunakan sepanjang semester kecuali untuk simpan barang ketika cuti. Mengapa tidak diperbaiki semasa pengajian semester?

Andai setiap blok (4 blok-1 blok laki, 3 blok perempuan) mempunyai 4 stor dengan 1 stor di setiap aras, hanya 16 stor yang akan digunakan untuk menyimpan barang sepanjang cuti. Tiada alasan yang kukuh untuk menghalang pelajar menggunakannya.

Tempat parking motor di blok K1 digunakan untuk menyimpan bantal dan tilam yang sudah rosak. Juga katil besi yang sudah patah dan tidak boleh digunakan lagi. Mengapa tidak diubahsuai untuk dijadikan stor? Mengapa menyimpan barang yang tidak digunakan? Membazir tempat..

Selamat bercuti!

Cuti U dah mula. UM habis exam secara rasmi pada 10hb Mei. Tapi aku habis exam 5hb Mei dan balik kampung esok malam (9hb Mei). Aku jeles ngan kawan-kawan aku yang habis exam lebih awal.

Sorang kawan aku habis exam 27hb April. Ada lagi awal; 23hb April sedangkan tarikh tu merupakan 1st paper aku bagi sem II sesi 2008/2009.

Sejak dari 1st year sampai sekarang, memang falak antara bidang yang habis exam lambat. Sebab tu aku selalu balik kampung lambat. Tapi sem ni awal sikit dari sem-sem lepas. Sem II masa 1st year, aku balik 12hb Mei lebih kurang sebab join OPKIM di Melaka awal bulan Mei 2007 dan teman sorang kawan aku pergi LCCT.

Sem II 2nd year, aku balik kampung 20hb Mei lebih kurang sebab ada 2 program motivasi pertengahan bulan Mei 2008.

Nasib baik sem ni aku jarang ada program motivasi. Kalau tak, mungkin aku balik lambat lagi..=)

Ada jarak 8 hari lepas 1st paper aku sebelum tiba 2nd paper aku. Aku keboringan sebab pening mengadap buku je. Tak tau nak isi masa dengan perkara yang sesuai..

Selamat bercuti! Moga cuti ni lebih bermanfaat dan menambah pengalaman yang baru dalam hidup kita. Selamat berbakti kepada ibubapa bagi pelajar yang hanya berehat di rumah. Bagi yang bekerja, selamat merasai kehidupan pekerjaan dan jangan boros dengan duit yang ada. Uruskan kewangan anda dengan berhemah!..

Tuesday, April 21, 2009

Pemburu Yang Tamak

Pada satu hari, seorang pemburu telah menangkap seekor burung murai. Dengan perasaan sedih burung murai itu merayu kepada si pemburu.

Burung itu bertanya, ” Apa yang ingin engkau lakukan pada diriku?”

Lelaki itu menjawab ” Akan aku sembelih engkau dan makan engkau sebagai lauk”

“Percayalah, engkau tidak akan begitu berselera memakanku dan aku tidak akan mengenyangkan engkau. Jangan engkau makan aku, tetapi akan aku beritahu engkau tiga nasihat yang lebih baik dari engkau memakanku “

Si burung berjanji akan memberikan nasihat pertama ketika berada dalam genggaman orang itu. Yang kedua akan diberikannya kalau ia sudah berada di cabang pohon dan yang ketiga ketika ia sudah mencapai puncak bukit.

Terpengaruh dengan rayuan si murai itu, si pemburu pun bersetuju. Lalu dia meminta nasihat pertama. Kata burung itu, “Kalau kau kehilangan sesuatu, meskipun engkau menghargainya seperti hidupmu sendiri, jangan menyesal.”

Orang itu pun melepaskannya dan burung itu segera melompat ke dahan. Di sampaikannya nasihat yang kedua, “Jangan percaya kepada segala yang bertentangan dengan akal, apabila tak ada bukti.”

Kemudian burung itu terbang ke puncak gunung. Dari sana ia berkata, “Wahai manusia malang! Jika tadi engkau sembelih aku, nescaya engkau akan dapati dalam tubuhku ada dua biji mutiara. Berat setiap mutiara itu adalah dua puluh gram.”

Terperanjat sungguh si pemburu itu mendengar kata-kata si burung murai.. Si pemburu berasa dirinya telah tertipu. “Bodohnya aku! Bagaimana aku boleh terlepas peluang yang begitu baik!”

Pemburu itu sangat menyesal memikirkan kehilangannya. Namun katanya, “Setidaknya, katakan padaku nasihat yang ketiga itu!”

Si burung murai menjawab,”Alangkah tololnya kau meminta nasihat ketiga sedangkan yang kedua pun belum kau renungkan sama sekali. Sudah kukatakan padamu agar jangan kecewa kalau kehilangan dan jangan mempercayai hal yang bertentangan dengan akal. Kini kau malah melakukan keduanya. Kau percaya pada hal yang tak masuk akal dan menyesali kehilanganmu. Cuba engkau fikirkan, hai orang yang dungu. Aku, dagingku, darahku dan buluku tidak logik seberat dua puluh gram. Oleh itu, bagaimana mungkin akan ada dalam perutku dua biji mutiara yang masing-masing seberat dua puluh gram? Aku tidak cukup besar untuk menyimpan dua butir mutiara besar! Kau tolol! Oleh kerananya kau harus tetap berada dalam keterbatasan yang disediakan bagi manusia.”

Murai menyambung lagi, “Nasihatku yang ketiga adalah, memberi nasihat kepada sedozen bahlul seperti engkau ini adalah seperti menabur benih di tanah usang, tidak akan memberi faedah!”

Kemudian terbanglah si burung murai yang bijak itu meninggalkan si lelaki yang termenung akan ketamakannya itu.

Moral:
Itulah contoh betapa halobanya anak Adam yang jadi kelabu mata dari mengetahui kebenaran.

Jika seseorang menginginkan yang serba banyak atau terlalu panjang angan-angannya atas sesuatu yang lebih, nescaya hilanglah sifat qana’ (merasa cukup dengan yang ada). Dan tidak mustahil ia menjadi kotor akibat haloba dan hina akibat rakus sebab kedua sifat itu mengheret kepada pekerti yang jahat untuk mengerjakan perbuatan-perbuatan mungkar, yang merosakkan maruah (harga diri).

Saturday, April 11, 2009

Assigment mode!

Minggu kuliah dah berakhir. Masa untuk menyiapkan semua assigment dan hantar sebelum deadline (macam pelukis pulak..huhu).

Masa camni la aku paling pening. Nak siapkan thesis. Kurang dari 7 hari untuk submit tapi aku baru siap 7 mukasurat. Paling kurang kena wat 100 muka surat.
Jumaat baru ni pun (10 April 2009) aku siapkan Viva Powerpoint dalam masa 4 hari 3 malam. Hasilnya? Hampeh!..

Dah la kena buat analisis data, graf & cari altitud matahari guna software Moon Calculator, tetiba software yang aku download tu xleh guna. Xleh masukkan longitud & latitud. Last-last aku present ngan xda analisis & perbandingan ngan JAKIM punya waktu solat.

Lagi selamba, aku bagitau kat pensyarah yang bagi markah; "ada masalah kat software saya. Baru buat dalam 3 hari ni"..Selamba betul kan? Ngan kawan-kawan course aku tengok, 2 junior & 2 senior aku pun ada. Nasib baik viva aku last sekali.

Bila dipikirkan balik, patutnya aku buat dah separuh 2@3 minggu lepas. Walaupun aku xtau nak buat camna, tapi aku leh tanya project partner aku. Sekarang aku kena kurangkan semuanya..makan, tidur & jalan-jalan kat luar.

Isnin ni aku ada last presentation bagi subjek Qawaid Tafsir. Kelas tutorial aku masih x cukup 2 round presentation. So, kena ganti. Waktu yang sama ngan waktu kuliah tapi di bilik mesyuarat jabatan.

Pagi isnin (sebelum presentation), aku kena amik test sebab aku pernah x hadir. Sebab? Aku accident & dapat 1 minggu MC. Aku pun xtau ada test minggu tu sebab handphone aku rosak.

Khamis depan lak aku kena wat medical checkup bagi mata aku. Kira rawatan susulan. Nak tengok ada kesan sampingan dari accident bulan Feb atau x..

Assignment Mode..
Activate!
G0!

Saturday, March 21, 2009

Usul 20

“Dan sesungguhnya ini jalanKu yang lurus (maka) kamu ikutilah ia. Jangan kamu ikut jalan-jalan (yang lain) nanti kamu akan bercerai berai dari jalanNya. Allah berpesan yang demikian itu supaya kamu bertaqwa” (Al-An’aam:153)

Menerusi blog Ini Jalanku, kita berharap dapat membentuk kefahaman mengenai Islam yang syumul (menyeluruh) dan sedikit sebanyak gambaran Jalan yang harus kita lalui dalam menuju kepada keredhaan Ilahi dan kebahgiaan di dunia dan Akhirat. Namun, kita masih berlegar-legar dalam mendapat hanya gambaran Jalan tesebut. Kita tidak akan ke mana kecuali kita menempuh atau melalui Jalan itu sendiri. Menempuh Jalan adalah dengan memahami Usul 20, Amal 7, Wajibat 38 dan seterusnya yang akan saya bentangkan.

Ingat, medan khayal tidak sama dengan medan kata-kata. Medan kata-kata tidak sama dengan medan amal dan tindakan. Medan amal tidak sama dengan medan jihad. Medan jihad yang salah tidak sama dengan medan jihad yang sebenar yang menuju ke matlamat yang dikehendakki Allah dan ditunjukkan oleh Rasulullah saw.

TAJUK-TAJUK USUL 20

1. Islam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap.

2. Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan asas dalam perundangan Islam.

3. Iman sejati, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan di dalam hati. Ilham, lintasan hati, mimpi tidak boleh dijadikan dalil hukum Agama.

4. Tangkal, jampi selain ayat Al-Quran dan Hadis serta mendakwa tahu hal ghaib (yang belum berlaku) adalah munkar yang wajib dibenteras.

5. Keputusan pimpinan dalam organisasi wajib dilaksanakan dalam perkara maslahat, yang tiada nas atau ada nas tetapi mempunyai berbagai tafsiran.

6. Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima.

7. Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu dari 4 Mazhab tanpa taksub. Terimalah pandangan mazhab lain jika dalilnya lebih kuat.

8. Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati.

9. Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali.

10. Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya.

11. Semua Bid’ah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras.

12.Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah, Bid’ah Iltizamiah adalah khilaf ulamak.

13. Keramat boleh berlaku pada Wali-wali Allah, namun mereka tidak boleh memberi menfaat atau mudharat kepada diri mereka, apatah lagi kepada orang lain.

14.Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur dengan Bid’ah.

15. Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam masalah Aqidah.

16.Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu perkara dan bukan nama yang dipakai orang ramai. Contoh “Faedah Bank”.

17. Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting.

18.Islam mengangkat peranan akal manusia.

19.Tiada pertembungan diantara Syarak dan ilmu Sains yang sahih.

20.Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.

Sumber : Ini Jalanku

Monday, February 23, 2009

Majalah IM; Sumber maklumat bagi menjana pendapatan online

Aku ingin membuat ulasan mengenai Majalah IM edisi ke-10..Read it below=>

Majalah IM merupakan sebuah majalah online dalam format PDF. Lebih menarik lagi, majalah Internet Marketer (IM) ini berbahasa Melayu, keluaran tempatan dan diberi PERCUMA!

Walaupun percuma, jangan diperlekehkan isinya..Majalah IM diisi dengan maklumat yang sangat berguna mengenai perniagaan internet oleh para usahawan internet yang tidak asing lagi seperti Zamri Nanyan, Smartzul, Galadriel dan ramai lagi..Sekalung ucapan terima kasih kepada setiap penulis kerana sudi berkongsi ilmu secara percuma!

Isi kandungannya sungguh mantap dan susun atur serta rekabentuk grafiknya cukup mengujakan dan menambahkan keseronokkan anda membacanya. Kalau sekalung terima kasih untuk setiap penulis, apa yang layak untuk Team Flarebiz yang menerbitkan majalah ini? Jutaan tahniah kerana berani menongkah arus dan sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang untuk penerbitan majalah ini..

-------------------------------------------------------------------

Bulan Februari 2009, majalah IM mencecah edisi ke-10..

Majalah IM keluaran terkini mengetengahkan isu berkenaan eBay sebagai cerita depan. Tidak kurang menariknya, isu-isu seperti soalan lazim berkaitan perniagaan internet dan perniagaan dalam Islam.

Anda pernah mendengar mengenai eBay? Apa itu? Saya juga tidak tahu awalnya bila membaca banyak blog usahawan internet tempatan dan luar negara..

Tapi, yang lebih penting; adakah anda mengetahui bahawa anda dapat menggunakan auction web ini yang terkenal di seluruh dunia sebagai tempat menjana pendapatan online anda dan memudahkan pembelian @ penjualan anda secara lelong? Malah anda dapat menjual barang anda ke seluruh dunia, bukan pasaran tempatan semata (Ya, seluruh dunia!)..

Saya takkan bagitahu anda dalam blog ini..

Kenali dulu eBay melalui Majalah IM edisi terkini..Terdapat juga info menarik mengenai eBay dalam majalah online ini..

Terdapat kecenderungan baru di kalangan orang ramai untuk membeli secara online. Salah satu laman web lelong yang terkenal dan dipercayai adalah eBay. Namun, setakat mana maklumat anda terjamin dan urus niaga tersebut dipercayai? Ketahui jawapannya melalui tips membeli dengan selamat di eBay oleh saudara Noorizam Shah, seorang Education Specialist Trained by Ebay. Lebih menarik, beliau satu-satunya bangsa Melayu di dunia yang mempunyai pengiktirafan seumpamanya, waktu ini!

Ingin tahu tips-tips tersebut? Download Majalah IM sekarang..Jangan hanya mengikut trend tanpa mengetahui yang terbaik untuk diri anda!

Bagaimana pula untuk menjual di eBay? Mesti ada caranya. Kaedah ini sangat praktikal dan mudah tapi tetap mendatangkan keuntungan kepada anda. Kaji dulu Majalah IM ini untuk lebih untung..

Tunggu! Ada lagi maklumat lain yang sangat berguna untuk anda. Jika anda ingin mempunyai perniagaan internet sendiri serta pelanggan yang setia, bagaimanakah anda dapat menjimatkan masa untuk memaklumkan mereka mengenai sesuatu perkara? Anda akan keletihan menghantar email kepada setiap pelanggan anda jika anda mempunyai 200 pelanggan..Terdapat cara yang lebih mudah dan menjimatkan masa untuk itu..Ya, memang ada. Nak tahu? Baca majalah online ini sendiri..

Pelan perniagaan online pula mendedahkan kepada anda maklumat berkaitan pengurusan perniagaan internet. Ia memang mudah tapi memerlukan perancangan dan tindakan. Saudara Galadriel yang mengulas hal ini telah berkecimpung selama 3 tahun dalam perniagaan dan pemasaran internet.

Majalah IM edisi bulan Feb ni diakhiri dengan konsep perniagaan dalam Islam. Walaupun kaya harta, kita tetap kaya harta. Perniagaan adalah salah satu cabang jihad, bukannya semata-mata untuk mengaut keuntungan..

Jadi, apa tunggu lagi? Selagi anda belum mendapatkannya, anda akan tertanya-tanya mengenai jawapan kepada setiap persoalan di atas..Jangan risau, ia percuma. Anda tak perlu mengeluarkan sesen pun untuk membacanya (kalau ia perlu dibayar, bagitahu saya k?)..Download Majalah IM edisi ke-10 di sini..

Monday, February 2, 2009

Hari Wilayah-1hb Feb!

Setiap tahun, kita akan menyambut 1hb Feb sebagai Hari Wilayah. Tapi, benarkah kita memahami mengapa diwujudkan hari tersebut?

Baru tadi aku terbaca Metro Ahad & mendapat maklumat yang berguna. Aku anak jati Kedah & hanya belajar di UM. Tapi aku tertanya juga; mengapa wujudnya Hari Wilayah?

Hari Wilayah disambut kerana Kuala Lumpur 'terpisah' dari Selangor bermula pada 1hb Feb 1972. Sebelum itu, Kuala Lumpur merupakan sebahagian dari negeri Selangor. Untuk mengingati tarikh 1hb Feb sebagai permulaan wujudnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tarikh tersebut dijadikan sebagai Hari Wilayah sekaligus untuk WP Labuan & Putrajaya, walaupun kedua-dua WP itu bukan mula wujud pada 1hb Feb..

1hb Feb juga merupakan kenangan bagi aku. 1hb Feb 1999 merupakan tanggal aku bergelar pelajar menengah dan menjadi generasi sulung Maktab Mahmud cawangan Yan. Ia merupakan permulaan kepada kehidupan masa depan aku..

Aku sangat bertuah kerana memilih sekolah tersebut untuk menyambung pembelajaran peringkat menengah aku..

Wednesday, January 7, 2009

Semester terakhir?..

Bermula nya semester II sesi 2008/2009 pada 30 Dis 2008 baru-baru ni. Ikut nya, aku terpaksa ambil 24 jam kredit untuk habiskan tempoh jam kredit maksimum aku sebanyak 102 jam sepanjang 3 tahun..

Tapi semester II sesi 2006/2007, PNG aku bawah 2.0 menyebabkan semester selepas itu aku hanya boleh mengambil 12 jam kredit maksimum. Ditambah dengan ulang semula 1 subjek sebab aku x hadir exam pada semester berikutnya, aku ketinggalan 9 jam kredit berbanding kawan yang sama bidang pengajian dengan aku..

So, bagi aku, semester ni bukan semester terakhir. Aku masih ada setahun @ 2 semester di UM. Mungkin aku akan ambil 12 jam kredit semester depan dengan ulang 1 subjek yang aku fikirkan perlu, untuk memperbaiki PNGK aku..

Tapi semester terakhir aku sesi berikutnya, aku hanya ingin bekerja sambilan sambil mengenali lebih ramai orang, mencari pekerjaan pasif, mencipta peluang pekerjaan sendiri dan berusaha merealisasikan semua impian aku di masa depan..