“Dan sesungguhnya ini jalanKu yang lurus (maka) kamu ikutilah ia. Jangan kamu ikut jalan-jalan (yang lain) nanti kamu akan bercerai berai dari jalanNya. Allah berpesan yang demikian itu supaya kamu bertaqwa” (Al-An’aam:153)
Menerusi blog Ini Jalanku, kita berharap dapat membentuk kefahaman mengenai Islam yang syumul (menyeluruh) dan sedikit sebanyak gambaran Jalan yang harus kita lalui dalam menuju kepada keredhaan Ilahi dan kebahgiaan di dunia dan Akhirat. Namun, kita masih berlegar-legar dalam mendapat hanya gambaran Jalan tesebut. Kita tidak akan ke mana kecuali kita menempuh atau melalui Jalan itu sendiri. Menempuh Jalan adalah dengan memahami Usul 20, Amal 7, Wajibat 38 dan seterusnya yang akan saya bentangkan.
Ingat, medan khayal tidak sama dengan medan kata-kata. Medan kata-kata tidak sama dengan medan amal dan tindakan. Medan amal tidak sama dengan medan jihad. Medan jihad yang salah tidak sama dengan medan jihad yang sebenar yang menuju ke matlamat yang dikehendakki Allah dan ditunjukkan oleh Rasulullah saw.
TAJUK-TAJUK USUL 20
1. Islam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap.
2. Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan asas dalam perundangan Islam.
3. Iman sejati, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan di dalam hati. Ilham, lintasan hati, mimpi tidak boleh dijadikan dalil hukum Agama.
4. Tangkal, jampi selain ayat Al-Quran dan Hadis serta mendakwa tahu hal ghaib (yang belum berlaku) adalah munkar yang wajib dibenteras.
5. Keputusan pimpinan dalam organisasi wajib dilaksanakan dalam perkara maslahat, yang tiada nas atau ada nas tetapi mempunyai berbagai tafsiran.
6. Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima.
7. Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu dari 4 Mazhab tanpa taksub. Terimalah pandangan mazhab lain jika dalilnya lebih kuat.
8. Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati.
9. Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali.
10. Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya.
11. Semua Bid’ah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras.
12.Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah, Bid’ah Iltizamiah adalah khilaf ulamak.
13. Keramat boleh berlaku pada Wali-wali Allah, namun mereka tidak boleh memberi menfaat atau mudharat kepada diri mereka, apatah lagi kepada orang lain.
14.Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur dengan Bid’ah.
15. Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam masalah Aqidah.
16.Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu perkara dan bukan nama yang dipakai orang ramai. Contoh “Faedah Bank”.
17. Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting.
18.Islam mengangkat peranan akal manusia.
19.Tiada pertembungan diantara Syarak dan ilmu Sains yang sahih.
20.Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.
Sumber : Ini Jalanku
No comments:
Post a Comment