TAZ merupakan singkatan bagi Tun Ahmad Zaidi, kolej kediaman yang aku menginap sejak tahun pertama sehingga sekarang. 3 tahun menghuni kolej, banyak pengalaman yang aku dapat.
Kerenah pengetua, pelbagai ragam senior & junior dan arahan pihak pentadbiran kolej yang tak masuk akal dan menyusahkan pelajar..
Bila pengetua baru dilantik, kami sangka kolej akan menjadi lebih baik. Tapi lagi teruk.
Semua kelab dibubarkan, sekaligus senior junior kurang mesra kerana kurang mengenali dan tidak rapat. Hubungan yang dibina dengan berpersatuan tiada. Hanya sekadar senyuman dan bertegur sapa andai mahu mengenali. Suasana kolej umpama penjara. Sepi. Kolej hanya untuk tidur, melayari internet dan tempat simpan barang.
Awal Februari 2009, arahan dari pihak pentadbiran kolej; diharamkan penggunaan polisterin. Setiap pelajar akan dibekalkan dengan bekal @ tupperware yang akan digunakan untuk mengisi makanan yang dibeli dari cafeteria kolej.
Alasannya? Untuk menjaga alam sekitar.Tetapi pihak kolej tidak tahu bahawa cafeteria kolej pun tidak menyeronokkan. Tiada kepelbagaian makanan, harga yang mahal, servis yang lambat dan kedai yang masih ditutup. Jadi, arahan tersebut diabaikan kerana pelajar sendiri membeli makanan dari luar kolej.
Andai didapati ada polisterin di mana-mana aras, setiap pelajar di aras tersebut akan dikenakan denda sebanyak RM1 ke dalam akaun mereka. Denda yang menyusahkan, hanya untuk mengutip duit secara haram dari pelajar kerana arahan yang bodoh! Bayangkan satu aras mempunyai 20 orang pelajar dan dijumpai 3 polisterin di aras tersebut, maka kolej akan untung sebanyak RM60 (RM1 x 3 x 20)..
Hujung bulan Februari 2009, desas-desus mengatakan perkhidmatan internet akan ditamatkan buat selama-lamanya. Duit pelajar akan dikembalikan. Andai perkara ini benar-benar dilakukan, hilanglah satu-satunya keistimewaan TAZ UM. Para pelajar tidak akan memilih untuk menginap di kolej ini lagi. Kolej TAZ yang tidak pernah memenangi FESENI, SUKMUM dan apa jua pertandingan antara kolej UM, akan menjadi tempat pilihan terakhir pelajar.
Mei 2009, arahan baru dikeluarkan lagi; tiada tempat simpan barang untuk pelajar kolej sepanjang cuti. Sebab? Untuk pembaikan bilik.
Memang omong kosong. Stor di blok S2 hanya ada dua dan tidak digunakan sepanjang semester kecuali untuk simpan barang ketika cuti. Mengapa tidak diperbaiki semasa pengajian semester?
Andai setiap blok (4 blok-1 blok laki, 3 blok perempuan) mempunyai 4 stor dengan 1 stor di setiap aras, hanya 16 stor yang akan digunakan untuk menyimpan barang sepanjang cuti. Tiada alasan yang kukuh untuk menghalang pelajar menggunakannya.
Tempat parking motor di blok K1 digunakan untuk menyimpan bantal dan tilam yang sudah rosak. Juga katil besi yang sudah patah dan tidak boleh digunakan lagi. Mengapa tidak diubahsuai untuk dijadikan stor? Mengapa menyimpan barang yang tidak digunakan? Membazir tempat..
No comments:
Post a Comment