Friday, August 29, 2008

Kolej oh kolej..

Semalam (28 Ogos) aku balik dari latihan ko-k, silat cekak hanafi. Aku cadang nak kuar ke 12th, nak jumpa kawan aku. Dia minta tolong aku pasal bisnes dia. Lebih kurang pukul 11.30 malam, aku pun bertolak kluar. Tapi..

Tapi, gate kolej aku dah tutup. Ni yang buat aku bengang. Selalu tutup sebelum kul 12 tengah malam. Aku tengok ada orang yang terperangkap yang aku pasti bukan penghuni kolej ni. Aku try angkat gate 2 (sebab sebelum ni aku boleh buat cam2) tapi macam dah diperbaik. Kuat betul. mm.. nak buat camne ni? Xkan aku nak balik bilik?

Kebetulan sorang kawan baik aku terperangkap gak. Tunggu punya tunggu (ingatkan ada orang panggil penyelia) xda sape pun datang tolong. Kawan aku makin bengang ngan kolej ni. So, dia goncang gate kolej 2 kuat2 sampai terbuka. Puas hati. Aku peduli ape. Janji boleh kuar.

Antara orang yang terperangkap masa 2; pelajar Akademi Seni Kebangsaan (ASK) tahun ketiga. Diorang datang lawat kawan dan setahu diorang, gate tutup kul 12. Aku xleh bagitau penyelia sebab xnak ade sape2 yang dikenakan tindakan kerna bawa orang luar (bukan pelajar UM).

Main point kat sini, jangan terlalu strict dengan pelajar kolej sebab diorang bukan pelajar sekolah lagi. Kami dah dewasa. Bagi kebebasan yang ada had & bimbing kami. Jangan terlalu gila kuasa & buat peraturan yang pelik2 & gila. Kalau gate 2 tutup kul 12, tutup tepat masa 2. Penghuni kolej takkan pertikai..

Nampaknya, kolej 10 UM makin hilang seri. Kelab dibubarkan, pengetua & penyelia lagi gila kuasa..

Sunday, August 24, 2008

Nama-nama..

Dalam post ni, aku nak introduce nama-nama yang aku dapat ilhamkan. Bila boring, macam2 nama yang aku pikir. Tambah2 pas baca nama orang, negara @ tempat yang pelik dari luar negara. Bagi aku, bila tengok nama2 2 semua, aku dapat belajar pasal ejaan dan bahasa, terutama bahasa Inggeris.

1. zualliz

Nama ni terhasil semasa aku zaman sekolah, tingkatan 5. Masa 2, aku kena buat pamplet mengenai... (aku x ingat). Sebagai kelainan, aku letakkan 'zualz'.

Tapi, berlaku salah faham apabila sorang kawan aku sangka kami tersilap eja nama dia, zul azwan. Jadi, nama 2 dipadamkan. Adik aku pula buat nama 'zulz'. Semasa PLKN '04, aku baru buat frenster. Aku buat emel yang baru sebab aku pernah buat emel sebelum ni. Sebab jarang buka, aku dah lupa password emel 2.

Emel yang aku buat untuk frenster 2 ialah zualliz_86 setelah diedit dari nama 'zualz'. Nama ini menjadi ilham aku untuk mencipta nama2 len selepas 2.