Saturday, March 21, 2009

Usul 20

“Dan sesungguhnya ini jalanKu yang lurus (maka) kamu ikutilah ia. Jangan kamu ikut jalan-jalan (yang lain) nanti kamu akan bercerai berai dari jalanNya. Allah berpesan yang demikian itu supaya kamu bertaqwa” (Al-An’aam:153)

Menerusi blog Ini Jalanku, kita berharap dapat membentuk kefahaman mengenai Islam yang syumul (menyeluruh) dan sedikit sebanyak gambaran Jalan yang harus kita lalui dalam menuju kepada keredhaan Ilahi dan kebahgiaan di dunia dan Akhirat. Namun, kita masih berlegar-legar dalam mendapat hanya gambaran Jalan tesebut. Kita tidak akan ke mana kecuali kita menempuh atau melalui Jalan itu sendiri. Menempuh Jalan adalah dengan memahami Usul 20, Amal 7, Wajibat 38 dan seterusnya yang akan saya bentangkan.

Ingat, medan khayal tidak sama dengan medan kata-kata. Medan kata-kata tidak sama dengan medan amal dan tindakan. Medan amal tidak sama dengan medan jihad. Medan jihad yang salah tidak sama dengan medan jihad yang sebenar yang menuju ke matlamat yang dikehendakki Allah dan ditunjukkan oleh Rasulullah saw.

TAJUK-TAJUK USUL 20

1. Islam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap.

2. Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan asas dalam perundangan Islam.

3. Iman sejati, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan di dalam hati. Ilham, lintasan hati, mimpi tidak boleh dijadikan dalil hukum Agama.

4. Tangkal, jampi selain ayat Al-Quran dan Hadis serta mendakwa tahu hal ghaib (yang belum berlaku) adalah munkar yang wajib dibenteras.

5. Keputusan pimpinan dalam organisasi wajib dilaksanakan dalam perkara maslahat, yang tiada nas atau ada nas tetapi mempunyai berbagai tafsiran.

6. Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima.

7. Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu dari 4 Mazhab tanpa taksub. Terimalah pandangan mazhab lain jika dalilnya lebih kuat.

8. Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati.

9. Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali.

10. Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya.

11. Semua Bid’ah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras.

12.Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah, Bid’ah Iltizamiah adalah khilaf ulamak.

13. Keramat boleh berlaku pada Wali-wali Allah, namun mereka tidak boleh memberi menfaat atau mudharat kepada diri mereka, apatah lagi kepada orang lain.

14.Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur dengan Bid’ah.

15. Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam masalah Aqidah.

16.Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu perkara dan bukan nama yang dipakai orang ramai. Contoh “Faedah Bank”.

17. Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting.

18.Islam mengangkat peranan akal manusia.

19.Tiada pertembungan diantara Syarak dan ilmu Sains yang sahih.

20.Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.

Sumber : Ini Jalanku

Monday, February 23, 2009

Majalah IM; Sumber maklumat bagi menjana pendapatan online

Aku ingin membuat ulasan mengenai Majalah IM edisi ke-10..Read it below=>

Majalah IM merupakan sebuah majalah online dalam format PDF. Lebih menarik lagi, majalah Internet Marketer (IM) ini berbahasa Melayu, keluaran tempatan dan diberi PERCUMA!

Walaupun percuma, jangan diperlekehkan isinya..Majalah IM diisi dengan maklumat yang sangat berguna mengenai perniagaan internet oleh para usahawan internet yang tidak asing lagi seperti Zamri Nanyan, Smartzul, Galadriel dan ramai lagi..Sekalung ucapan terima kasih kepada setiap penulis kerana sudi berkongsi ilmu secara percuma!

Isi kandungannya sungguh mantap dan susun atur serta rekabentuk grafiknya cukup mengujakan dan menambahkan keseronokkan anda membacanya. Kalau sekalung terima kasih untuk setiap penulis, apa yang layak untuk Team Flarebiz yang menerbitkan majalah ini? Jutaan tahniah kerana berani menongkah arus dan sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang untuk penerbitan majalah ini..

-------------------------------------------------------------------

Bulan Februari 2009, majalah IM mencecah edisi ke-10..

Majalah IM keluaran terkini mengetengahkan isu berkenaan eBay sebagai cerita depan. Tidak kurang menariknya, isu-isu seperti soalan lazim berkaitan perniagaan internet dan perniagaan dalam Islam.

Anda pernah mendengar mengenai eBay? Apa itu? Saya juga tidak tahu awalnya bila membaca banyak blog usahawan internet tempatan dan luar negara..

Tapi, yang lebih penting; adakah anda mengetahui bahawa anda dapat menggunakan auction web ini yang terkenal di seluruh dunia sebagai tempat menjana pendapatan online anda dan memudahkan pembelian @ penjualan anda secara lelong? Malah anda dapat menjual barang anda ke seluruh dunia, bukan pasaran tempatan semata (Ya, seluruh dunia!)..

Saya takkan bagitahu anda dalam blog ini..

Kenali dulu eBay melalui Majalah IM edisi terkini..Terdapat juga info menarik mengenai eBay dalam majalah online ini..

Terdapat kecenderungan baru di kalangan orang ramai untuk membeli secara online. Salah satu laman web lelong yang terkenal dan dipercayai adalah eBay. Namun, setakat mana maklumat anda terjamin dan urus niaga tersebut dipercayai? Ketahui jawapannya melalui tips membeli dengan selamat di eBay oleh saudara Noorizam Shah, seorang Education Specialist Trained by Ebay. Lebih menarik, beliau satu-satunya bangsa Melayu di dunia yang mempunyai pengiktirafan seumpamanya, waktu ini!

Ingin tahu tips-tips tersebut? Download Majalah IM sekarang..Jangan hanya mengikut trend tanpa mengetahui yang terbaik untuk diri anda!

Bagaimana pula untuk menjual di eBay? Mesti ada caranya. Kaedah ini sangat praktikal dan mudah tapi tetap mendatangkan keuntungan kepada anda. Kaji dulu Majalah IM ini untuk lebih untung..

Tunggu! Ada lagi maklumat lain yang sangat berguna untuk anda. Jika anda ingin mempunyai perniagaan internet sendiri serta pelanggan yang setia, bagaimanakah anda dapat menjimatkan masa untuk memaklumkan mereka mengenai sesuatu perkara? Anda akan keletihan menghantar email kepada setiap pelanggan anda jika anda mempunyai 200 pelanggan..Terdapat cara yang lebih mudah dan menjimatkan masa untuk itu..Ya, memang ada. Nak tahu? Baca majalah online ini sendiri..

Pelan perniagaan online pula mendedahkan kepada anda maklumat berkaitan pengurusan perniagaan internet. Ia memang mudah tapi memerlukan perancangan dan tindakan. Saudara Galadriel yang mengulas hal ini telah berkecimpung selama 3 tahun dalam perniagaan dan pemasaran internet.

Majalah IM edisi bulan Feb ni diakhiri dengan konsep perniagaan dalam Islam. Walaupun kaya harta, kita tetap kaya harta. Perniagaan adalah salah satu cabang jihad, bukannya semata-mata untuk mengaut keuntungan..

Jadi, apa tunggu lagi? Selagi anda belum mendapatkannya, anda akan tertanya-tanya mengenai jawapan kepada setiap persoalan di atas..Jangan risau, ia percuma. Anda tak perlu mengeluarkan sesen pun untuk membacanya (kalau ia perlu dibayar, bagitahu saya k?)..Download Majalah IM edisi ke-10 di sini..

Monday, February 2, 2009

Hari Wilayah-1hb Feb!

Setiap tahun, kita akan menyambut 1hb Feb sebagai Hari Wilayah. Tapi, benarkah kita memahami mengapa diwujudkan hari tersebut?

Baru tadi aku terbaca Metro Ahad & mendapat maklumat yang berguna. Aku anak jati Kedah & hanya belajar di UM. Tapi aku tertanya juga; mengapa wujudnya Hari Wilayah?

Hari Wilayah disambut kerana Kuala Lumpur 'terpisah' dari Selangor bermula pada 1hb Feb 1972. Sebelum itu, Kuala Lumpur merupakan sebahagian dari negeri Selangor. Untuk mengingati tarikh 1hb Feb sebagai permulaan wujudnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tarikh tersebut dijadikan sebagai Hari Wilayah sekaligus untuk WP Labuan & Putrajaya, walaupun kedua-dua WP itu bukan mula wujud pada 1hb Feb..

1hb Feb juga merupakan kenangan bagi aku. 1hb Feb 1999 merupakan tanggal aku bergelar pelajar menengah dan menjadi generasi sulung Maktab Mahmud cawangan Yan. Ia merupakan permulaan kepada kehidupan masa depan aku..

Aku sangat bertuah kerana memilih sekolah tersebut untuk menyambung pembelajaran peringkat menengah aku..