Showing posts with label My Name. Show all posts
Showing posts with label My Name. Show all posts

Friday, October 9, 2009

inthulcavero

inthulcavero adalah nama blog aku yang kedua; inthulcavero.

Secara jujur, aku pun xtau nape aku pilih nama ni sebagai nama blog aku. Padahal aku ada lebih 150 nama yang lagi pelik dari nama ni.

Seingat aku, aku dapat idea nama ni masa exam final semester II sesi 08/09. Memang aku sedang gila buat nama masa tu. Sampaikan pas jawab exam, aku menconteng kertas soalan dengan nama yang macam-macam.

Bulan lepas pulak, seorang adik angkat aku meminta nama yang klasik untuk profil di Friendster. Aku xtau nama aku dikategorikan klasik atau tak. Tapi aku bagi jugak, dengan syarat; jangan bagi kat sapa-sapa pun.

Aku memang sayang semua nama aku. Memang xda maksud dan mengarut. Tapi itulah identiti dan kegemaran aku.

p.s; teringat pulak kat seorang bekas adik angkat aku. Dia suka amik tau nama-nama aku.

Thursday, August 13, 2009

My fifth name..

5. Zyrontyez
Nama ni antara nama kegemaran aku. Huruf 'y' dibunyikan 'ai' bukan 'i'..

Aku sebut nama ni 'Zairontiyez', so nama ni special sikit sebab banyak sebutan vokal..Cuma xda huruf 'u'..

Aku letak nama ni sebagai emel Google aku dengan tambahan '.07', dedikasi tahun 2007, tahun aku cipta nama ni..Google x bagi letak '_' so aku letak '.'..

Memang favorite aku buat Z sebagai huruf depan & belakang..

Tag: , ,

Saturday, May 9, 2009

My fourth name..

4. Zyulz

Nama ni diubahsuai dari nama yang adik aku guna. Dia guna 'Zulz' sebab kawan-kawan dia panggil Zul, dari Zulhazmi.

Bila aku tengok nama 'Zulz', aku teringat nama lama aku, 'Zualz' sebab huruf yang hampir sama. Tapi aku xnak bagi sama. So, aku tambah 'y' antara 'Z' dengan 'L', menjadikan 'Zyulz'.

Senang kata, 'Zyulz' macam adik kepada 'Zualliz' sebab dari asalan huruf dan idea yang sama. Bezanya, 'Zyulz' cuma 5 huruf sedangkan 'Zualliz' ada 7 huruf.

Nama ni merupakan nama paling pendek antara semua senarai nama aku yang kini berjumlah 140 nama. Aku x dapat buat nama yang pendek tapi berlainan. Dah kehabisan idea buat masa sekarang..

Sunday, November 9, 2008

My third name..

3. zuathles

Dalam banyak nama-nama yang aku buat, nama ni antara yang berbeza. Sebab akhir dengan huruf 's', bukan 'z'..

Tiga huruf awal; 'zua' sama dengan nama aku yang pertama; 'zualliz'. Aku amik huruf 'th' sebab banyak perkataan dalam Inggeris ada 'th' tapi bunyi 'd'. Contohnya 'the'.
Tapi ada gak yang mula dengan 'th' tapi bunyi 't' seperti 'thing'.

Aku letak 'th' tapi bunyi 't'. So, nama ni aku sebut ngan sebutan zuatels (tak bunyi 'h')..

Friday, September 19, 2008

My second name..

2. zharmalz

Nama aku yang kedua ialah zharmalz. Secara ringkas, aku kurang ingat camna aku dapat ilham nama ni. Tapi aku letak 'zh' kat depan nama ni sebab mak aku ada join bisnes. Nama syarikat 2, Zhulian. Bagi aku, nama ni agak unik.

So, aku abadikan nama 2 dalam 'zharmalz'. Kita jangan tiru 100%. Ubah apa yang boleh & jadikan ia idea kita. Itulah nama dia, inovatif. Mengubahsuai idea orang lain..

Sunday, August 24, 2008

Nama-nama..

Dalam post ni, aku nak introduce nama-nama yang aku dapat ilhamkan. Bila boring, macam2 nama yang aku pikir. Tambah2 pas baca nama orang, negara @ tempat yang pelik dari luar negara. Bagi aku, bila tengok nama2 2 semua, aku dapat belajar pasal ejaan dan bahasa, terutama bahasa Inggeris.

1. zualliz

Nama ni terhasil semasa aku zaman sekolah, tingkatan 5. Masa 2, aku kena buat pamplet mengenai... (aku x ingat). Sebagai kelainan, aku letakkan 'zualz'.

Tapi, berlaku salah faham apabila sorang kawan aku sangka kami tersilap eja nama dia, zul azwan. Jadi, nama 2 dipadamkan. Adik aku pula buat nama 'zulz'. Semasa PLKN '04, aku baru buat frenster. Aku buat emel yang baru sebab aku pernah buat emel sebelum ni. Sebab jarang buka, aku dah lupa password emel 2.

Emel yang aku buat untuk frenster 2 ialah zualliz_86 setelah diedit dari nama 'zualz'. Nama ini menjadi ilham aku untuk mencipta nama2 len selepas 2.