Showing posts with label MMCY. Show all posts
Showing posts with label MMCY. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

Terima Kasih, Guru!

Kerana didikan mereka, aku adalah diri aku sekarang. Mereka mengajar ku erti kehidupan ini, mendidik ku dengan sabar dan membimbing ku untuk menjadi lebih baik.

Merekalah ibubapa ku yang kedua. Di rumah, aku adalah anak kepada ibubapa ku. Tanggungjawab dan amanah kepada ibubapa ku. Di sekolah, aku adalah tanggungjawab dan amanah mereka. Aku adalah anak guru di sekolah.

Terima kasih, guru ku! Dia telah menghantar pendidik dan pembimbing untuk mengajar ku, sepanjang kehidupan ini.

Terima kasih, guru SRK Sik @ SK Seri Dusun, Sik.
Terima kasih, guru SK Batu Lima, Sik.
Terima kasih, guru Maktab Mahmud Yan.
Terima kasih, guru Maktab Mahmud Alor Setar.
Terima kasih, pensyarah APIUM Nilam Puri.
Terima kasih, pensyarah APIUM Kuala Lumpur.
Terima kasih, pensyarah Syariah (dan Falak) UM Kuala Lumpur.

Terima kasih ya Allah, kerana memberikan aku, guru-guru yang telah mengajarku sehingga aku menjadi sekarang.
Syukur ya Allah, kerana Engkau menjadikan aku sebagai seorang guru. Moga aku menjadi guru sebagaimana guru-guru ku..Amin.

Monday, July 5, 2010

Ku kirimkan al-Fatihah kepadanya..

Menunggu pelajar datang untuk Score A, aku sempat melayari internet dan melihat gambar-gambar aku..Tiba-tiba terlintas di fikiran aku untuk melihat profile seorang rakan lama aku, Khalis..

Tup..Hampir luruh jantungku bila melihat perkataan al-Fatihah untuknya..Aku membaca komen yang ditulis oleh ex-schoolmate aku yang lain..Rupanya dia baru meninggal pada tengah hari Jumaat baru ni. Pukul 2.30 petang, 2 Julai 2010..

"Kenapa aku tak diberitahu oleh kawan-kawan ku yang lain?", timbul persoalan dari hatiku. Berehat ketika hujung minggu di rumah, memang tak mungkin aku dapat mengetahui khabar berita ni dengan secepat mungkin. Kerana rumah aku tiada talian internet.

Sebelum tidur, aku terkenangkan 2 orang lagi kawan aku yang sudah menemui-Nya. Kini bertambah lagi seorang. Moga roh mereka dicucuri rahmat-Nya..al-Fatihah..

2 orang tersebut ialah Alaauddin dan Kamal. Masih terbayang di mata ini, senyuman dan gelak ketawa bersama mereka bertiga ketika zaman persekolahan di Yan. Kini, sudah 11 tahun memori itu bermula. Ditakdirkan mereka menemui Sang Pencipta lebih awal dari aku..

Mereka hanya sebentar di dunia fana ini, tapi mereka juga hanya ada sedikit, sangat sedikit dosa dan kesilapan yang dilakukan. Kita? Mungkin kita rasa kita banyak melakukan kebaikan dan pahala, tapi kita juga banyak melakukan dosa..

Mohd Khalis Mohd Kamal. Aku terkenangkan masa kami berjalan ke Pekan bersama-sama dari Maktab Mahmud Yan. Keluar setiap minggu, hanya untuk berjalan-jalan. Selesai waktu sekolah, kami terus ke surau Kampung Acheh untuk solat..

Rindunya hati ini ingin melihat sekolah lama, kawan-kawan..