Tuesday, April 20, 2010

Permulaan fasa baru

Berakhirnya cuti yang paling panjang dalam hidup aku dan bermulanya 1 fasa baru dalam kehidupan aku. Fasa hidup yang paling aku tak jangka; menjadi seorang guru. Lebih tepat lagi, seorang ustaz kerana aku mengajar di Sekolah Menengah Agama (SMA).

Sekian lama aku merehatkan fizikal dan mental, datang 1 panggilan dari sebuah SMA selepas 2@3 hari surat memohon pekerjaan sebagai guru ganti/sementara dihantar ke sekolah tersebut. Rupanya surat permohonan agak tepat pada masanya kerana kebetulan seorang guru sementara SMA tersebut akan menyambung pengajiannya bulan 5 ni.

Pucuk dicita, ulam mendatang. Walaupun tidak menjangka permohonan aku akan diterima dengan sebegini cepat, sebarang penolakan atau ketidakhadiran pada masa yang telah dijanjikan hanya akan merugikan aku. Benarlah bahawa rezeki makhluk-Nya tidak diketahui sesiapa pun.

Justeru, bermula 7hb April 2010, aku menjadi seorang guru sementara. Bergelumang dengan buku untuk mengajar anak-anak bangsaku, seagama dan sebangsa dengan diri ini.