Wednesday, April 8, 2015

Welcome to the world, my son!

8 November 2014, lahirnya anak sulung aku. Dinamakan Muhammad Arsyad Zikri yang bermaksud Yang Terpuji Kebijaksanaan Peringatanku, namanya agak panjang tetapi sudah menjadi kebiasaan bagi zaman sekarang.

Muhammad adalah nama Rasul Terakhir dan Penutup Segala Nabi, tanda kecintaan dari umat Baginda. Arsyad mempunyai huruf 'S', simbol ingatan bagi isteriku, Nur Sakinah. Zikri mempunyai huruf 'Z', simbol ingatan bagi diriku sendiri, Mohd Zuhair.

Jadi, nama anak sulung aku mempunyai gabungan nama Nabi Muhammad dan huruf dari nama ibubapanya (aku dan isteri).

Ada orang komen, nama anak aku panjang. Nama orang lama. Standard la. Sebab kebanyakan anak-anak zaman sekarang mempunyai nama yang panjang, lazimnya 3 patah perkataan. Jika 1, ringkas. Jika 2, normal. Jika 3, biasa. Jika 4, panjang. Ada yang lebih dari 4 patah perkataan sehingga dinobatkan sebagai nama terpanjang oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Nama orang lama? Asalkan ada maksud yang baik, tak kisah. Lagipun ia lebih unik dan lain dari yang lain.

Anak aku, biar aku yang bagi. Orang lain boleh bagi cadangan dan idea, bukan memaksa.
Muhammad Arsyad Zikri bin Mohd Zuhair

Wednesday, September 25, 2013

Kehidupan baru sebagai suami

Bermula 10 Ogos, bertukarnya status kehidupan aku. Dari bujang menjadi suami. Bertambah tanggungjawab, sebagai pemimpin rumah tangga. Seorang menjadi berdua. Keseorangan kini berteman.

Perlu memberikan perhatian kepada isteri. Sokongan dalam bentuk kewangan dan mental. Berfikir lebih ke hadapan. Mengambil berat dan merancang mengenai banyak perkara.

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk mengemudi dan memimpin rumah tangga ku ini. Moga kami bercinta sehingga ke syurga.

Thursday, August 2, 2012

Cuti terlalu lama

Menghabiskan latihan perguruan selama 1 1/2 tahun pada pertengahan bulan Jun 2012, sekarang aku sedang  bercuti. Bercuti menunggu tibanya surat penempatan semula. Terdengar banyak khabar angin yang belum pasti benar.

Seorang kawan aku mengatakan, 2 bulan selepas KISSM. KISSM diadakan pada 11-13 Jun yang lepas. Sama ada awal bulan Ogos ATAU pertengahannya. (sekarang pun dah awal bulan Ogos 2012).

Penempatan bagi j-QAF 2009 ialah pada 16 Ogos. Tapi pada tahun ini, Aidilfitri jatuh pada 19 Ogos. Jika penempatan selepas Aidilfitri, gaji bagi bulan Ogos 2012 akan dikira mengikut hari. Itupun hanya jangkaan, belum pasti.

Khabar angin lain mengatakan, paling lambat posting pada awal tahun 2013. Terlalu lambat. Adoiii..

Dalam cuti ni, blog .com kepunyaan aku terlebih bandwith sehingga di gantung sementara. Terpaksa hidupkan semula blogspot ni. Tunggu surat posting (penempatan) je sekarang ni, banyak perkara yang aku dah rancang nak buat..

p.s; SELAMAT BERPUASA!