Thursday, August 2, 2012

Cuti terlalu lama

Menghabiskan latihan perguruan selama 1 1/2 tahun pada pertengahan bulan Jun 2012, sekarang aku sedang  bercuti. Bercuti menunggu tibanya surat penempatan semula. Terdengar banyak khabar angin yang belum pasti benar.

Seorang kawan aku mengatakan, 2 bulan selepas KISSM. KISSM diadakan pada 11-13 Jun yang lepas. Sama ada awal bulan Ogos ATAU pertengahannya. (sekarang pun dah awal bulan Ogos 2012).

Penempatan bagi j-QAF 2009 ialah pada 16 Ogos. Tapi pada tahun ini, Aidilfitri jatuh pada 19 Ogos. Jika penempatan selepas Aidilfitri, gaji bagi bulan Ogos 2012 akan dikira mengikut hari. Itupun hanya jangkaan, belum pasti.

Khabar angin lain mengatakan, paling lambat posting pada awal tahun 2013. Terlalu lambat. Adoiii..

Dalam cuti ni, blog .com kepunyaan aku terlebih bandwith sehingga di gantung sementara. Terpaksa hidupkan semula blogspot ni. Tunggu surat posting (penempatan) je sekarang ni, banyak perkara yang aku dah rancang nak buat..

p.s; SELAMAT BERPUASA!

Tuesday, May 15, 2012

Terima Kasih, Guru!

Kerana didikan mereka, aku adalah diri aku sekarang. Mereka mengajar ku erti kehidupan ini, mendidik ku dengan sabar dan membimbing ku untuk menjadi lebih baik.

Merekalah ibubapa ku yang kedua. Di rumah, aku adalah anak kepada ibubapa ku. Tanggungjawab dan amanah kepada ibubapa ku. Di sekolah, aku adalah tanggungjawab dan amanah mereka. Aku adalah anak guru di sekolah.

Terima kasih, guru ku! Dia telah menghantar pendidik dan pembimbing untuk mengajar ku, sepanjang kehidupan ini.

Terima kasih, guru SRK Sik @ SK Seri Dusun, Sik.
Terima kasih, guru SK Batu Lima, Sik.
Terima kasih, guru Maktab Mahmud Yan.
Terima kasih, guru Maktab Mahmud Alor Setar.
Terima kasih, pensyarah APIUM Nilam Puri.
Terima kasih, pensyarah APIUM Kuala Lumpur.
Terima kasih, pensyarah Syariah (dan Falak) UM Kuala Lumpur.

Terima kasih ya Allah, kerana memberikan aku, guru-guru yang telah mengajarku sehingga aku menjadi sekarang.
Syukur ya Allah, kerana Engkau menjadikan aku sebagai seorang guru. Moga aku menjadi guru sebagaimana guru-guru ku..Amin.

Wednesday, April 4, 2012

Moga dipermudahkan

Rasanya terlalu lama minggu praktikum ni. Baru 9 minggu, masih berbaki 3 minggu. Tapi memang kerja tersangat banyak. Berserabut dibuatnya..

Kadang-kadang kerja terlalu banyak pun, jadi masalah jugak. Sampai tak terbuat semuanya. Semua tak siap. Lagi teruk kalau semua tak dibuat.

Doa saya cuma satu, moga dipermudahkan hidup ini. Moga diperkuatkan hati dan fizikal dalam menghadapi semua ini..

Wednesday, February 29, 2012

Blog baru!!!

Terima kasih sebab sudi menjadi follower blog ini (bukan flower :)..)

Dalam masa terdekat, insya Allah saya akan mempunyai blog baru, atas nama .com. Akan dirasmikan beserta dengan laman web rasmi sekolah. Sebab saya dilantik menjadi webmaster atau admin laman web :?..

Tak pasti nak sedih atau gembira. Tapi banyak kerja menanti lepas ni.

Saya juga bercadang untuk membina blog media. Untuk berkongsi segala medium hiburan, tapi yang membina. Cuma belum pasti bila..

Buat masa ni, sedang dalam perancangan untuk membina blog falak (astronomi Islam) dan blog motivasi+kewangan.