Saturday, May 9, 2009

Friendster

Laman web sosial networking yang pertama aku join ialah Friendster.

Masa tu, aku dalam kem PLKN. Aku di UUM, mengikuti PLKN pengambilan pertama siri 1 bagi tahun 2004 selepas mengikuti modul fizikal selama 5 minggu di Kem Rekreasi Belia Baling, Kedah.

Cuti hari Ahad dan separuh hari pada hari Sabtu setiap minggu digunakan untuk berjalan-jalan sebelum aku terjumpa sesuatu yang menarik. Dalam masjid UUM, ada bilik komputer yang dilengkapi capaian internet. Terdapat lebih kurang 20 buah komputer di dalam bilik tersebut. Yang paling best, ia free!

Lucu benar diingatkan kembali bila aku mengenali seorang kawan baru kerana menghadap komputer. Aku dijemput menyertai Friendster oleh kawan PLKN aku sendiri dan berbalas mesej serta komen dengan kawan PLKN aku sedangkan kami dalam kem yang sama!

Memang kenangan yang indah kerana aku rapat dengan kawan aku dalam PLKN kerana Friendster.

Bagi yang ingin melihat atau menjadikan aku sebagai kawan dalam Friendster, ini URL bagi profil aku; ZuaLLiz_86 ZyRonTYez

My fourth name..

4. Zyulz

Nama ni diubahsuai dari nama yang adik aku guna. Dia guna 'Zulz' sebab kawan-kawan dia panggil Zul, dari Zulhazmi.

Bila aku tengok nama 'Zulz', aku teringat nama lama aku, 'Zualz' sebab huruf yang hampir sama. Tapi aku xnak bagi sama. So, aku tambah 'y' antara 'Z' dengan 'L', menjadikan 'Zyulz'.

Senang kata, 'Zyulz' macam adik kepada 'Zualliz' sebab dari asalan huruf dan idea yang sama. Bezanya, 'Zyulz' cuma 5 huruf sedangkan 'Zualliz' ada 7 huruf.

Nama ni merupakan nama paling pendek antara semua senarai nama aku yang kini berjumlah 140 nama. Aku x dapat buat nama yang pendek tapi berlainan. Dah kehabisan idea buat masa sekarang..

My new blog..

Aku dah lama buat blog ni; inthulcavero. Sejak Ogos 2008 lagi. Tapi banyak kawan-kawan aku letak link ke blog ni.

Memang pening bila buat 2 blog peribadi. Saje nak banyakkan kerja. Blog ni untuk post mengenai kolej, name dan kehidupan aku secara umum.

Blog inthulcavero pulak untuk post mengenai motivasi, bisnes, tazkirah, falak dan kehidupan aku dengan lebih khusus.

So, jom lawat inthulcavero!

TAZ..

TAZ merupakan singkatan bagi Tun Ahmad Zaidi, kolej kediaman yang aku menginap sejak tahun pertama sehingga sekarang. 3 tahun menghuni kolej, banyak pengalaman yang aku dapat.

Kerenah pengetua, pelbagai ragam senior & junior dan arahan pihak pentadbiran kolej yang tak masuk akal dan menyusahkan pelajar..

Bila pengetua baru dilantik, kami sangka kolej akan menjadi lebih baik. Tapi lagi teruk.

Semua kelab dibubarkan, sekaligus senior junior kurang mesra kerana kurang mengenali dan tidak rapat. Hubungan yang dibina dengan berpersatuan tiada. Hanya sekadar senyuman dan bertegur sapa andai mahu mengenali. Suasana kolej umpama penjara. Sepi. Kolej hanya untuk tidur, melayari internet dan tempat simpan barang.

Awal Februari 2009, arahan dari pihak pentadbiran kolej; diharamkan penggunaan polisterin. Setiap pelajar akan dibekalkan dengan bekal @ tupperware yang akan digunakan untuk mengisi makanan yang dibeli dari cafeteria kolej.

Alasannya? Untuk menjaga alam sekitar.Tetapi pihak kolej tidak tahu bahawa cafeteria kolej pun tidak menyeronokkan. Tiada kepelbagaian makanan, harga yang mahal, servis yang lambat dan kedai yang masih ditutup. Jadi, arahan tersebut diabaikan kerana pelajar sendiri membeli makanan dari luar kolej.

Andai didapati ada polisterin di mana-mana aras, setiap pelajar di aras tersebut akan dikenakan denda sebanyak RM1 ke dalam akaun mereka. Denda yang menyusahkan, hanya untuk mengutip duit secara haram dari pelajar kerana arahan yang bodoh! Bayangkan satu aras mempunyai 20 orang pelajar dan dijumpai 3 polisterin di aras tersebut, maka kolej akan untung sebanyak RM60 (RM1 x 3 x 20)..

Hujung bulan Februari 2009, desas-desus mengatakan perkhidmatan internet akan ditamatkan buat selama-lamanya. Duit pelajar akan dikembalikan. Andai perkara ini benar-benar dilakukan, hilanglah satu-satunya keistimewaan TAZ UM. Para pelajar tidak akan memilih untuk menginap di kolej ini lagi. Kolej TAZ yang tidak pernah memenangi FESENI, SUKMUM dan apa jua pertandingan antara kolej UM, akan menjadi tempat pilihan terakhir pelajar.

Mei 2009, arahan baru dikeluarkan lagi; tiada tempat simpan barang untuk pelajar kolej sepanjang cuti. Sebab? Untuk pembaikan bilik.

Memang omong kosong. Stor di blok S2 hanya ada dua dan tidak digunakan sepanjang semester kecuali untuk simpan barang ketika cuti. Mengapa tidak diperbaiki semasa pengajian semester?

Andai setiap blok (4 blok-1 blok laki, 3 blok perempuan) mempunyai 4 stor dengan 1 stor di setiap aras, hanya 16 stor yang akan digunakan untuk menyimpan barang sepanjang cuti. Tiada alasan yang kukuh untuk menghalang pelajar menggunakannya.

Tempat parking motor di blok K1 digunakan untuk menyimpan bantal dan tilam yang sudah rosak. Juga katil besi yang sudah patah dan tidak boleh digunakan lagi. Mengapa tidak diubahsuai untuk dijadikan stor? Mengapa menyimpan barang yang tidak digunakan? Membazir tempat..

Selamat bercuti!

Cuti U dah mula. UM habis exam secara rasmi pada 10hb Mei. Tapi aku habis exam 5hb Mei dan balik kampung esok malam (9hb Mei). Aku jeles ngan kawan-kawan aku yang habis exam lebih awal.

Sorang kawan aku habis exam 27hb April. Ada lagi awal; 23hb April sedangkan tarikh tu merupakan 1st paper aku bagi sem II sesi 2008/2009.

Sejak dari 1st year sampai sekarang, memang falak antara bidang yang habis exam lambat. Sebab tu aku selalu balik kampung lambat. Tapi sem ni awal sikit dari sem-sem lepas. Sem II masa 1st year, aku balik 12hb Mei lebih kurang sebab join OPKIM di Melaka awal bulan Mei 2007 dan teman sorang kawan aku pergi LCCT.

Sem II 2nd year, aku balik kampung 20hb Mei lebih kurang sebab ada 2 program motivasi pertengahan bulan Mei 2008.

Nasib baik sem ni aku jarang ada program motivasi. Kalau tak, mungkin aku balik lambat lagi..=)

Ada jarak 8 hari lepas 1st paper aku sebelum tiba 2nd paper aku. Aku keboringan sebab pening mengadap buku je. Tak tau nak isi masa dengan perkara yang sesuai..

Selamat bercuti! Moga cuti ni lebih bermanfaat dan menambah pengalaman yang baru dalam hidup kita. Selamat berbakti kepada ibubapa bagi pelajar yang hanya berehat di rumah. Bagi yang bekerja, selamat merasai kehidupan pekerjaan dan jangan boros dengan duit yang ada. Uruskan kewangan anda dengan berhemah!..