Tuesday, July 27, 2010

Kecurian barang masjid

KES 1

Pada 16 Julai lalu, aku berpeluang mengikuti mesyuarat tahunan qariah masjid kampung aku. Mesyuarat tersebut yang bermula selepas solat Jumaat dan tamat pada pukul 3.30 petang, membentangkan belanjawan tahun 2009 dan 2010 yang baru tamat pada pertengahan Julai 2010.

Walaupun telah diedarkan kertas cadangan usul seminggu sebelum tu, namun setiausaha qariah masjid tidak mendapat sebarang respon. Oleh itu, perbahasan sebarang usul pada mesyuarat itu sepatutnya tiada dalam agenda.

Namun, pihak qariah masjid memberikan peluang untuk sebarang cadangan, aduan atau pertanyaan oleh ahli qariah masjid. Antara cadangan yang dikemukakan ialah mengenai derma mingguan yang diperolehi masjid dan sepatutnya ditulis di whiteboard.

Aku tertarik apabila bendahari qariah memberikan jawapan balas mengenai hal itu. Jawabnya, pernah ditulis jumlah wang setiap minggu di whiteboard tersebut. Namun, berlaku masalah apabila bank bagi akaun simpanan masjid dibuka hanya dibuka pada hari ahad (2 hari selepas itu).

Duit yang disimpan dahulu di rumah bendahari masjid menjadi sasaran pencuri. Malahan, sudah 2 kali rumahnya dipecah masuk. Kes seperti ini juga terjadi di masjid kampung lain. Bagi mengelakkan kes seperti ini berulang, tidak diumumkan jumlah wang yang diperolehi masjid setiap minggu.

Cukup sekadar mengumumkannya ketika mesyuarat tahunan masjid seperti ketika itu.

KES 2

Pada 23 Julai (seminggu lepas tu), aku menemani kakak aku pergi ke rumah mertuanya di Pendang. Dalam perjalanan, kami singgah di sebuah masjid sebelum sampai.

Kakak menunaikan solat Asar dahulu, sementara aku menjaga anak buahku, 'Akif. Bermain dengan anak buahku di luar perkarangan masjid, seorang lelaki berumur (pak cik) datang menghampiri.

Dia memberitahuku, ada sebuah pintu tidak dikunci di sebelah kanan masjid. Aku boleh masuk melalui pintu itu. Kemudian, dia membuka cerita mengenai kecurian sejadah masjid ini. Berlaku berulang kali.

Akhirnya, budak kampung memberitahu bahawa kecurian itu dilakukan oleh orang luar. Mereka lihat Mat Bangla datang ke masjid dengan tangan kosong dan pulang dengan beberapa beg plastik yang penuh berisi. Disyaki beg yang berisi sejadah masjid. Mungkin juga sejadah itu dijual di pasar malam.

Sebab itu, masjid tersebut menggunakan sejadah yang dujahit menjadi panjang. Sejadah biasa akan disimpan selepas habis solat berjemaah, untuk mengelakkan kecurian yang sama berlaku.

p.s: Tempat ibadat jadi sasaran pencuri. Dah tak dihormati lagi.
p.s.s: Artikel yang baru siap diedit..

No comments: