Mulai awal bulan depan (April 2011), aku akan menduduki rumah sewa baru. Mendiaminya bersama seorang rakan lebih menyeronokkan berbanding berseorangan di bilik ketika ini. Sunyi dan boring bila tinggal di rumah tanpa teman.
Tapi, mencari rumah yang sesuai dan memuaskan hati bukan mudah. Seringkali rumah yang hendak disewakan kurang elok tapi sewa yang dikenakan tidak berpatutan dengan keadaan rumah itu.
Ada juga tuan rumah yang terus mengenakan sewa tanpa tolak ansur atau rundingan untuk dikurangkan bila mengetahui kami (aku dan rakan serumah) berkerja sebagai guru (j-QAF).
Sebuah rumah yang kami kunjungi, tiada pagar depan. Rakan aku agak risau memikirkan keretanya jika diparkir nanti dan sewa rumah yang tiada tolak ansur. Selepas kami berbincang, kami bersetuju untuk mencari rumah lain.
Alhamdulillah, kami mendapat sebuah rumah yang agak elok dan tuan rumah yang agak terbuka dan memahami. Mudah untuk bertolak ansur. Dia sudah berumur, namun mungkin sebab itulah dia tidak kisah dan memahami kesusahan kami. Berbanding tuan rumah lain, agak berumur dan mementingkan jumlah sewaan yang akan dikutip nanti.
Menjadi tuan rumah memang mudah. Cuma sediakan sebuah rumah untuk disewa dan dapatkan penyewa. Kemudian tunggu duit sewa diberikan bila cukup masa. Tapi jadilah tuan rumah yang memahami, terbuka dan tidak menyusahkan penyewa. Jangan mementingkan diri, sehingga meminta deposit 3 bulan sedangkan penyewa baru mendapat kerja dan kewangan belum stabil.
p.s: Bukan mudah mendapat yang terbaik. Jadi bersyukurlah!
No comments:
Post a Comment