Bermula 21 Februari aku mendaftarkan diri sebagai guru pelatih j-QAF di SK Kampong Salang. Terletak di Jalan Kaki Bukit, Kangar, aku menimba pengalaman sebagai guru baru.
Sekolah ini sudah mempunyai 3 guru j-QAF tapi semuanya perempuan, dan juga 3 guru Pendidikan Islam (GPI) tapi hanya seorang guru lelaki PI. 2 lagi guru PI perempuan. Jumlah guru 32 orang tapi cuma 9 lelaki, termasuk Guru Besar dan Penolong Kanan Ko-kurikulum.
Bermula awal tahun ni, ada 3 orang guru praktikal dari IPG Perlis dengan tambahan 4 orang lagi selepas cuti pertengahan penggal 1 baru-baru ni. Semuanya perempuan. 2 guru praktikal yang datang awal mengajar Muzik, seorang lagi guru Kaunseling, 2 guru praktikal baru mengajar Sains dan 2 lagi mengajar Kemahiran Hidup.
Mengajar sekolah rendah ada sedikit beza dengan mengajar sekolah menengah. Lagipun, sekolah ni sekolah kerajaan berbanding sekolah menengah agama swasta. Masalah disiplin kurang berbanding pelajar sekolah menengah yang membuatkan kita sakit kepala.
Tapi, selepas mengajar sebulan (ketika artikel ni ditulis), aku mula merasai keseronokan mengajar. Aku temui keseronokan sendiri sebab rupanya aku suka bersosial dengan orang ramai.
p.s: Antaranya, ada seorang pelajar yang nak jadi ANAK ANGKAT aku..
No comments:
Post a Comment