Monday, July 5, 2010

Ku kirimkan al-Fatihah kepadanya..

Menunggu pelajar datang untuk Score A, aku sempat melayari internet dan melihat gambar-gambar aku..Tiba-tiba terlintas di fikiran aku untuk melihat profile seorang rakan lama aku, Khalis..

Tup..Hampir luruh jantungku bila melihat perkataan al-Fatihah untuknya..Aku membaca komen yang ditulis oleh ex-schoolmate aku yang lain..Rupanya dia baru meninggal pada tengah hari Jumaat baru ni. Pukul 2.30 petang, 2 Julai 2010..

"Kenapa aku tak diberitahu oleh kawan-kawan ku yang lain?", timbul persoalan dari hatiku. Berehat ketika hujung minggu di rumah, memang tak mungkin aku dapat mengetahui khabar berita ni dengan secepat mungkin. Kerana rumah aku tiada talian internet.

Sebelum tidur, aku terkenangkan 2 orang lagi kawan aku yang sudah menemui-Nya. Kini bertambah lagi seorang. Moga roh mereka dicucuri rahmat-Nya..al-Fatihah..

2 orang tersebut ialah Alaauddin dan Kamal. Masih terbayang di mata ini, senyuman dan gelak ketawa bersama mereka bertiga ketika zaman persekolahan di Yan. Kini, sudah 11 tahun memori itu bermula. Ditakdirkan mereka menemui Sang Pencipta lebih awal dari aku..

Mereka hanya sebentar di dunia fana ini, tapi mereka juga hanya ada sedikit, sangat sedikit dosa dan kesilapan yang dilakukan. Kita? Mungkin kita rasa kita banyak melakukan kebaikan dan pahala, tapi kita juga banyak melakukan dosa..

Mohd Khalis Mohd Kamal. Aku terkenangkan masa kami berjalan ke Pekan bersama-sama dari Maktab Mahmud Yan. Keluar setiap minggu, hanya untuk berjalan-jalan. Selesai waktu sekolah, kami terus ke surau Kampung Acheh untuk solat..

Rindunya hati ini ingin melihat sekolah lama, kawan-kawan..

Tuesday, April 20, 2010

Permulaan fasa baru

Berakhirnya cuti yang paling panjang dalam hidup aku dan bermulanya 1 fasa baru dalam kehidupan aku. Fasa hidup yang paling aku tak jangka; menjadi seorang guru. Lebih tepat lagi, seorang ustaz kerana aku mengajar di Sekolah Menengah Agama (SMA).

Sekian lama aku merehatkan fizikal dan mental, datang 1 panggilan dari sebuah SMA selepas 2@3 hari surat memohon pekerjaan sebagai guru ganti/sementara dihantar ke sekolah tersebut. Rupanya surat permohonan agak tepat pada masanya kerana kebetulan seorang guru sementara SMA tersebut akan menyambung pengajiannya bulan 5 ni.

Pucuk dicita, ulam mendatang. Walaupun tidak menjangka permohonan aku akan diterima dengan sebegini cepat, sebarang penolakan atau ketidakhadiran pada masa yang telah dijanjikan hanya akan merugikan aku. Benarlah bahawa rezeki makhluk-Nya tidak diketahui sesiapa pun.

Justeru, bermula 7hb April 2010, aku menjadi seorang guru sementara. Bergelumang dengan buku untuk mengajar anak-anak bangsaku, seagama dan sebangsa dengan diri ini.

Monday, November 9, 2009

Mahalnya bil api?

Bil api bagi bulan Oktober baru sampai kat rumah aku beberapa hari lepas. Tinggi melambung dari biasa..

Seingat aku, bulan sebelum ni, cuma lebih kurang RM20. Ini sekali naik, sampai RM66 (RM65.20). Semua terkejut, terkesima tapi x teruja=(..

Pakat termangu sendiri, bertongkat dagu berfikir; kenapa mahal sangat? Rumah ni xda televisyen, xda peti sejuk. Xkan cuma guna W1Max, laptop, lampu dan kipas, boleh melambung 3x ganda dari jumlah bil bulanan.

Pelik..

Sampaikan banyak la cadangan untuk mengurangkan dan menurunkan semula bil api yang terlambung tu. Kena jimat api la pasni..

Kadang-kadang, lampu di semua bilik, lampu ruang tamu lagi, on. Tak kira ngan kipas yang mungkin dipasang setiap masa. Tu kira bernasib baik sebab xda tv dan peti sejuk.

Hai, kena berjimat gak walaupun masih bergelar pelajar..