Menunggu pelajar datang untuk Score A, aku sempat melayari internet dan melihat gambar-gambar aku..Tiba-tiba terlintas di fikiran aku untuk melihat profile seorang rakan lama aku, Khalis..
Tup..Hampir luruh jantungku bila melihat perkataan al-Fatihah untuknya..Aku membaca komen yang ditulis oleh ex-schoolmate aku yang lain..Rupanya dia baru meninggal pada tengah hari Jumaat baru ni. Pukul 2.30 petang, 2 Julai 2010..
"Kenapa aku tak diberitahu oleh kawan-kawan ku yang lain?", timbul persoalan dari hatiku. Berehat ketika hujung minggu di rumah, memang tak mungkin aku dapat mengetahui khabar berita ni dengan secepat mungkin. Kerana rumah aku tiada talian internet.
Sebelum tidur, aku terkenangkan 2 orang lagi kawan aku yang sudah menemui-Nya. Kini bertambah lagi seorang. Moga roh mereka dicucuri rahmat-Nya..al-Fatihah..
2 orang tersebut ialah Alaauddin dan Kamal. Masih terbayang di mata ini, senyuman dan gelak ketawa bersama mereka bertiga ketika zaman persekolahan di Yan. Kini, sudah 11 tahun memori itu bermula. Ditakdirkan mereka menemui Sang Pencipta lebih awal dari aku..
Mereka hanya sebentar di dunia fana ini, tapi mereka juga hanya ada sedikit, sangat sedikit dosa dan kesilapan yang dilakukan. Kita? Mungkin kita rasa kita banyak melakukan kebaikan dan pahala, tapi kita juga banyak melakukan dosa..
Mohd Khalis Mohd Kamal. Aku terkenangkan masa kami berjalan ke Pekan bersama-sama dari Maktab Mahmud Yan. Keluar setiap minggu, hanya untuk berjalan-jalan. Selesai waktu sekolah, kami terus ke surau Kampung Acheh untuk solat..
Rindunya hati ini ingin melihat sekolah lama, kawan-kawan..
No comments:
Post a Comment