Sunday, November 9, 2008

Ramadham yang telah berlalu..

Ramadhan yang berlalu meninggalkan pelbagai kenangan.

Bulan Ramadhan 1429 tepat bermula pada 1 September 2008 dan berakhir pada 30 September 2008. Genap sebulan, sama dengan jumlah hari dalam bulan September.
Tahun ni aku kerap berbuka di masjid TNB, Bangsar. Banyak kenangan yang tercipta pada setiap hari yang aku berbuka puasa di sana.

Pernah sekali aku duduk dalam hidangan untuk 4 orang dengan 3 kawan baik aku. Kawan aku yang duduk sebelah gurau dengan cuba-cuba tuang air sirap ke dalam nasi. Tup tup, tertuang betul. Jadi nasi berkuah air sirap. Nasi yang putih bertukar merah. Aku nak marah tapi sedar tiada guna. Lagipun dia bukan sengaja. Bulan puasa pulak. Sabar je la..

Nasi dalam pinggan yang sudah bertukar merah hampir separuh boleh dimakan tapi kurang sedap la. Ye la, rasa sirap. Kawan aku rasa bersalah jadi dia tukar nasi ngan aku. Tak pe la. Boleh dimakan lagi, cuma jarang orang makan berkuahkan air sirap (tak pernah orang buat kot, bukan jarang). Jadi, hal tu selesai hari tu gak.

Cerita ke-2, minggu last aku berpuasa di KL. Pun di masjid TNB. Aku dalam 1 hidangan 4 orang dengan roommate aku dan 2 kawan aku dari Ganu. Bila dah masuk waktu berbuka, datang seorang pak cik dengan sebungkus plastik yang mengandungi 2 bekas berisi bubur lambuk. Tetiba dia duduk dalam hidangan kami (5 orang 1 hidangan). Aku fikir, tak pe. Asalkan dia tak ambik mana-mana lauk atau hidangan dari bahagian kami.

Dia ambik nasi yang lebih campur dengan gulai. Habis je nasi tu, dia ambik karipap dari bahagian kami (ai, melebih nampak? Datang lambat tapi rembat bahagian orang!)..
Tup tup dia ambik pulak tembikai potong yang memang untuk 4 orang je. Kurang lagi 1 bahagian (rasa nak penyepak je orang tua ni!)..

Alkisahnya, aku dengan sorang kawan Ganu aku dapat bahagian yang lengkap. Tapi roommate aku dengan sorang lagi kawan Ganu aku tak dapat tembikai dan karipap (sorang tak dapat tembikai, sorang lagi tak dapat karipap).. Aku diam je. Kawan-kawan aku pun diam gak. Tak pe la, orang tua (dalam lingkungan 40-an).

Dia bangun. Malas aku nak layan. Aku baru nak buka mulut pasal tu, dia lalu. Kawan aku suruh diam dulu. Yang terkejut nya aku, pak cik tadi (atau orang tua) pergi ke hidangan lain. Cari sisa makanan yang boleh dimakan seperti air, nasi atau lauk. Pas tu boleh pulak aksi dia macam kebulur sangat. Nampak je lebih, terus masuk mulut. Makan dengan berdiri pulak tu..

Cari lagi makanan kat hidangan lain, dengan mata yang melilau ke sana ke mari. Dalam hati aku; ish, pelahap sangat ke orang tua ni? Dah la datang lambat, rembat bahagian orang tak minta, cari lagi kat tempat lain..mm..

So, point aku kat sini; hormati hak orang lain. Mungkin kita nak merasa tapi minta izin dulu. Kongsi ke (aku dah makan bahagian aku sebelum orang tua tu rembat 2 bahagian kawan aku)..Pas ni kena duduk kat tengah-tengah, baru tak de orang asing masuk curi makan bahagian orang lain (kami duduk kat bahagian hujung)..

No comments: