salam..
Ini kisah yang berlaku kat kolej aku. Bermula semester 2 sesi 07/08, ditukar pengetua baru bagi Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi Universiti Malaya. Pengetua lama, Prof Madya Dr Wan Mohamad Azhar Wan Ibrahim. Pengetua baru, Prof Madya Dr Faizah Yunus. Pengetua baru ni bekas penyelia Kolej Kediaman Ibnu Sina (KK6) UM. Still bujang & mungkin dalam lingkungan 30-an..Sehingga post ni ditulis, aku pun x pernah tengok pengetua baru ni..
Bila bertukar pengetua, banyak tul masalah yang berlaku. Duit kolej defisit, network mungkin ditamatkan (bulan 2). Bila duit kolej jadi defisit (negatif=hutang), maka projek-projek kelab kolej dihadkan. Semua pengarah projek (termasuk aku) risau kalau-kalau projek masing-masing x diluluskan. Lagi, network internet yang menelan duit pelajar (penghuni kolej KK10 UM) sebanyak RM80 lak di'songklap'kan oleh pengetua lama. So, mungkin network kolej terpaksa ditamatkan.. Arghhh!!!
Kenapa post ni ada kaitan ngan KRMTAZ?KRMTAZ singkatan bagi Kelab Rakan Motivasi Tun Ahmad Zaidi, salah sebuah kelab kat kolej aku. Aku jadi pengarah bagi salah sebuah projek bawah kelab ni. Untuk semester ni, ada 8 projek bawah KRMTAZ..Oleh sebab duit kolej yang defisit, maka projek kolej dihadkan cuma 10 projek. Kalau ada projek yang boleh on, mungkin xleh guna duit kolej langsung..Sian kan?
Pengetua lama ni kuat makan duit sebenarnya. HEP UM bagi peruntukan untuk Festival Seni tiap-tiap tahun, lebih dari 3/4 masuk perut dia.huhu..Kalau penghuni kolej menang dalam mana-mana pertandingan bawah nama kolej, duit hadiah 2 masuk akaun kolej. Alasan dia, kolej tolong bayarkan yuran pertandingan. Walhal, semua orang tahu, duit hadiah 2 masuk akaun dia..Pas2, dia pilih budak-budak yang rapat ngan dia untuk stay kolej, bukan berdasarkan merit dimerit atau yang aktif, apatah lagi yang dapat pointer tinggi. Kalau pelajar 2 dari APIUM, confirm kena buang pas setahun walau aktif;join banyak aktiviti kelab kolej & dapat pointer tinggi dalam exam. Tapi, yang selalu bodek dia, jadi kroni & ikut arahan bodoh dia, boleh stay lagi walaupun x pernah join mana-mana aktiviti kolej..Geramnye!!!
Secara peribadi, banyak betul masalah aku awal semester ni. Subjek, projek (2), kolej lagi..mm..Aku yakin ada hikmah di sebalik semua masalah ni..Don't give up!
No comments:
Post a Comment